Wawancara bersama Zaedi Zolkafli (Pengasas Muzium Siber P Ramlee) siaran kampungku.com dari Toronto, Canada pada 13 Mac 2005 waktu 8:35 malam di Singapura (7.35 pagi @ Canada / USA Eastern). Penemubual ialah Produser Eksekutif Mira MULA Mira: Selamat datang ke rancangan ini. Apa khabar? Zaedi: Baik. Terima kasih. Mira: Apa khabar orang-orang di Singapura dan Malaysia? Zaedi: Mereka semua baik-baik belaka. Mira: Soalan pertama kenapa projek mengenai P Ramlee? Zaedi: Bagi saya P Ramlee seniman istimewa. Satu ikon bagi industri perfileman dan muzik Melayu. Tujuan kami dapat mempromosi karya beliau ke antarabangsa. Dengan guna Internet orang asing dapat tahu tentang P Ramlee juga sejarah kegemilangan filem Melayu. Mira: Boleh beritahu bagaimana dan bila dimulakan? Zaedi: Kami lancarkan Muzium Siber P Ramlee pada 22 Mac tahun 1998 sempena ulang tahun ke 25 tarikh permergian beliau. Waktu itu satu festival besaran telah diadakan di Kuala Lumpur dirasmikan oleh Tan Sri Ahmad Sarji mantan Setiausaha Kerajaan Malaysia. Juga peminat P Ramlee. Sampai sekarang kami masih terus bina 'content' secara aktif. Mira: Macam mana tentang pembiayaan? Zaedi: Belanja bina lelaman sumber kami sendiri. Kita juga guna hasil dari jualan merchandise untuk tampung kos operasi. Di masa depan kita cadang untuk melibatkan pemilik bahan hakcipta P Ramlee dalam 'product placement' dan 'e-commerce' di lelaman kami. Mira: Apakah ciri-ciri menarik buat pengunjung ke lelaman? Zaedi: Lelaman kami ada empat bahagian. Pertamanya 'infotainment' -- iaitu informasi tentang P Ramlee dan karya beliau. Kedua 'interaktif' -- kita berkomunikasi sesama peminat-peminat P Ramlee secara online. Ketiga 'merchandise' -- ada koleksi barangan P Ramlee seperti CD, VCD, majalah, buku, sebagainya. Yang keempat kita lancarkan nanti 'entertainment on-demand' -- iaitu muzik MP3 dan 'video streaming'. Mira: Akan ada juga muzik karaoke dan video. Zaedi: Ya, semua itu termasuk dalam 'entertainment-on-demand'. Mira: Boleh beritahu pendengar bagaimana mendapat akses. Zaedi: Senang saja. Cuma taip www p sempang ramlee dot com Mira: Bagaimana dengan sambutan? Zaedi: Sambutan orang ramai bagus. Kebanyakannya peminat, pelajar dan ahli akademik, pegiat seni dan pengkaji filem. Mereka dari pelbagai bangsa dan negara -- bukan sahaja Melayu. Sebagai contoh, kami dapat banyak pesanan beli VCD P Ramlee dari Indonesia, Australia, Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun. Ini menunjukkan orang asing juga tahu akan kehebatan P Ramlee. Mira: Apakah tanggapan kamu tentang Tan Sri P Ramlee dan hasil karya beliau secara peribadi? Zaedi: Saya menganggap P Ramlee sebagai idola sejak kecil lagi. Muzik dan filem beliau inspirasi buat saya. Mira: Ini ada soalan dari rakan bertugas saya David. David: Apakah filem P Ramlee yang menjadi kegemaran dan mengapa? Zaedi: Susah nak jawab kerana ada enampuluh-enam filem. Semua filem P Ramlee ada kekuatan tersendiri. Bagi saya personally yang paling digemari ialah Ali Baba Bujang Lapok. Mira & David: (ketawa) Zaedi: Ceritanya ada 'universal' appeal. Lawaknya bagus. Dan lagu-lagunya banyak corak berlainan. Mira: Terima kasih kerana bersama dalam rancangan ini. Zaedi: Terima kasih Mira dan semua rakan bertugas. Mira: Sebelum berpisah ada apa-apa yang nak diucapkan? Zaedi: Salam saya kepada semua peminat-peminat P Ramlee yang ada mendengar rancangan ini. TAMAT