ADVERTISE YOUR FACEBOOK / CORPORATE BANNER / PRODUCT PLACEMENT ON THIS SPACE!
SPONSOR YOUR FAVORITE WEBPAGE FOR ONLY USD 100.   LOW RATE.   NO RENEWAL COSTS.
All advertising income would be used for continued construction of The P Ramlee Cyber Museum.
The Largest Homepage Tribute To Any Performing Artist That Ever Lived!

 

 


A Tribute To The Legend
www.p-ramlee.com

FelixEntertainmentDotCom Production

Quotes

 

Quotes From Famous Personalities


Post Articles, Photos, Translations, Comments, Suggestions and Questions?
Main Page
Awards
Nostalgia
Comment
Comics
Music
Movie
Merchandise
Media
Advertise

NOTICE: All photos are copyright of The P Ramlee Cyber Museum.
Please give credit to *www.p-ramlee.com* if you wish to use any of the picture images for commercial purpose.

Praises

 
  Click to enlarge picture!   "P Ramlee seorang seniman yang luar biasa. Dia sukakan kepada pembaharuan dan selalunya setiap perkara yang dilakukannya mudah berjaya dan mendapat sambutan."
- Ahmad Daud, actor and singer (Utusan Malaysia: 28 May 1983)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "Meskipun saya telah berlakon dalam banyak filem, tetapi berlakon di dalam filem arahan P Ramlee ('Ibu Mertua Ku' / 'My Mother In-Law') saya akan mengubah corak mengikut kemahuan P Ramlee. P Ramlee sendiri pernah memesan kepada saya bahawa dia mempunyai cara sendiri dalam bidang arahan sebab itu dia mau saya berlakon mengikut cara-cara yang ditetapkannya."
- Ahmad Mahmud, actor and singer (Gelanggang Filem: 30 August 1961)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "P Ramlee adalah seorang seniman yang istimewa atau tegasnya luar biasa. Sepanjang persahabatan saya dengannya, dia pernah meminta saya mencipta dua buah lagu untuk filem 'Nasib Do Re Mi' / 'Do Re Mi 2'."
- Ahmad Nawab, composer (Utusan Malaysia: 28 May 1983)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "P Ramlee begitu menghormati dan mempraktikkan pendapat mahupun teguran yang diberikan oleh para pelakon dan pekerja di bawahnya."
- Aziz Sattar, actor (Utusan Malaysia: 28 May 1983)
 
 

 
    "Keunggulan dan ketokohan P Ramlee dalam industri filem tidak dapat disangkal lagi, beliau adalah pengasas pembikin filem Singapura."
- BG (NS) George Yeo, Singapore Minister of Arts and Information (12th Singapore International Film Festival)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "Bat lihat P Ramlee sebenar create pelakon. Proses create ini yang menjadikan pelakon itu tidak bebas melakonkan wataknya. Semuanya telah ditentukan dahulu oleh P Ramlee sebelum shooting dilakukan. Jadi semasa latihan P Ramlee akan memberikan gambaran bagaimana watak harus dilakonkan kemudian dia akan mengarahkan supaya melakonkan watak dengan sebegitu, dalam erti kata yang lain dia sendiri yang bentuk seluruh rentak lakonan. Pelakon hanya perlu ikut apa yang disuruh sahaja."
- Bat Latiff, child actor in 'Nujum Pa' Blalang' / 'Fortune Teller' (Bintang Tersohor)
 
 

 
    "P Ramlee itu memang dulunya anak muda yang suka belajar, suka bertanya, suka mengambil tahu dari semua perkara yang mengenai filem. Kerana dia mahu belajar, mahu tahu dan pendeknya mahu pandai, sebab itulah semua orang bijak seni jadi sahabat karibnya, seperti Osman Ahmad, Ahmad C B, terbukti lagi bila dia sudah menjadi menantu saya."
- Daeng Harris, actor (Kalam Hamidy: P Ramlee AMN - Pujaan Nusantara)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "Di hari pertama berlakon di bawah arahan P Ramlee, saya sudah memahami bahawa berlakon untuk filem itu mempunyai rahsia tersendiri."
- Ghazali Sumantri, actor (on his acting in 'Do Re Mi'
)
 
 

 
    "Idea baru selalu mendatang di kala menjalankan penggambaran, kerana ilham bagi melakonkan lawak ini selalunya muncul dengan tidak disangka-sangka."

- Ibrahim Din, actor (on playing the role of 'Mi' in 'Do Re Mi'
)
 
 

 
    "P Ramlee bukan saja seniman filem, tapi juga satu-satunya pejuang filem Melayu. Seorang pejuang tidak pernah puas."

- Jaafar Wiryo, actor (Kalam Hamidy: P Ramlee AMN - Pujaan Nusantara)
)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "P Ramlee seorang tokoh filem Melayu terkemuka, sesuai dipanggil Seniman Agung dan hasil karyanya mestilah disimpan dengan baik di Arkib atau Muzium. Tetapi satu yang tidak tercapai dalam hidupnya ialah gagal menjadi produser filem."
- Jamil Sulong, film director and songwriter (Mingguan Malaysia: 29 May 1983)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "P Ramlee adalah manusia biasa yang luar biasa."
- Jins Shamsudin, actor and film director (TV Suria, Singapore)
 
 

 
    "Sekiranya P Ramlee mendapat pendidikan yang formal (rasmi) dalam bidang seni, dia pasti akan mencapai kebolehan yang lebih hebat dari apa yang kita kagumi terhadap kebolehannya itu."
- Johari Salleh, music conductor (Mingguan Malaysia: 29 May 1983)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "Seniman Agung P Ramlee, seniman yang tiada tandingnya dan tiada gantinya. Dialah sebenar-benarnya seniman serba boleh."
- Kassim Masdor, actor and composer (Cenderamata: P Ramlee A.M.N. Sempena 10 Tahun Pemergiannya)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "My boss told me, whatever P Ramlee wants just give to him, don't ask anything."
- Kwek Chip Jian, production manager (TV Suria, Singapore)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "P Ramlee adalah seorang yang very creatif, dan P Ramlee juga is a great copy, ciplak dan tiru, tetapi kita tidak tahu apa yang telah dia buat, that is cleverness and excellent."
- L Krishnan, film director (Yusnor Ef: P Ramlee Yang Saya Kenal)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "Kebolehan P Ramlee sukar ditandingi dan dia tiada gantinya."
- M. Amin, actor and film director (Mingguan Malaysia: 29 May 1983)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "Dia (P Ramlee) membentuk acuan, dan tidak mengikut acuan yang tersedia."
- Mahyon Ismail, actress (on her acting in 'Nasib Do Re Mi'
)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "P Ramlee yang beri nama 'Neng'. Kata Ramlee, kalau di Indonesia, Neng adalah panggilan untuk orang perempuan, jadi kalau dilekatkan nama Neng Yatimah kan lebih manis, sejak itu (filem 'Takdir Illahi') melekatkan nama itu hingga sekarang."
- Neng Yatimah, actress (Berita Harian: 14 June 1998)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "Saya terhutang budi kepada Tuan Ramanathan dan P Ramlee ... kerana pimpinan Tuan Ramanathan dan asuhan P Ramlee ..."
- Noordin Ahmad, actor (Utusan Filem dan Sport: 22 July 1954)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "P Ramlee baik orangnya, tidak pernah marah-marah tak tentu pasal. Kalau dia rasakan tertekan dan mood yang tidak berapa baik dia akan pulang ke rumah sekejap dan berehat. Selepas itu barulah dia akan datang balik untuk sambung shooting. Lagi pun dia ni pandai jaga hati pelakon dan mudah mesra. Itulah sebabnya ramai pelakon suka berlakon di bawah arahannya."
- Norlia Ghani, actress (Bintang Tersohor)
 

 
  Click to enlarge picture!   "Beri beliau sesuatu yang baik, beliau akan membuatnya lebih baik, satu dari keistimewaan beliau yang sangat saya hargai sehingga ke saat ini."
- Omar Rojik, actor and film director (Cenderamata: P Ramlee A.M.N. Sempena 10 Tahun Pemergiannya)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "Inilah kali kedua (filem 'Anak Bapak' / 'Papa's Pet'), saya merasai diri saya sebenar-benarnya seorang seniwati. Sebab pimpinan dan asuhan P Ramlee itu benar-benar seperti apa yang dikatakan 'the art of film acting', iaitu cara-cara dan rahsia lakonan yang diwajibkan oleh filem."
- Rose Yatimah, actress (Majallah Bintang: Dec 1967)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "Bukan senang untuk diserahkan cerita kepada pengarah P Ramlee, tetapi kalau diterima cepatlah bermegah."
- S Sudarmadji, actor and songwriter (Filem Malaysia: Sep 1966)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "Saya lekas faham akan kemahuan pengarah itu ... sekali Ramlee menunjukkan bagaimana satu-satu lakonan itu mesti dibuat, saya lekas faham akan tunjuk-ajarnya itu dan dengan mudah dapat membuat lakonan itu dengan baik. Jadi dengan cepat adanya persesuaian faham antara pelakon dengan pengarahnya. Ini barangkali yang menyenangkan hati pengarah itu untuk memilih saya."
- Saadiah Baharum, actress (Gelanggang Filem: 1 Mac 1960)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "Berlakon di bawah pimpinan pengarah P Ramlee adalah satu keuntungan besar."
- Sarimah Ahmad, actress (on her acting with P Ramlee)
 
 

 
    "P Ramlee merupakan seorang seniman yang ada menyelitkan idea politik dalam filem-filem arahanya, seperti filem 'Antara Dua Darjat', 'Penarek Becha' / 'Trishaw Man') dan beberapa filem lain bila diteliti memang ada ciri-ciri politiknya."
- Syed Hussein Al-Attas, academician (Mingguan Malaysia: 29 May 1983)
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "Ramlee mahu segala-galanya terbaik. Jadinya, kami yang dipimpinnya itu kena perah keringat setiap hari."
- Udo Omar, actor (on his acting in 'Nasib Si Labu Labi' / 'Labu and Labi 2')
 
 

 
  Click to enlarge picture!   "P Ramlee memberi saya kata-kata falsafah sewaktu saya berguru dengan beliau: Karya seni adalah satu daripada kerja Tuhan. Oleh itu buatlah sungguh-sungguh dengan penuh kejujuran."
- Yusnor Ef, songwriter (Yusnor Ef: P Ramlee Yang Saya Kenal)
 


NOTICE: Contents of this page are used illegally by farahaqil.com without permission.
Fight copyrights piracy!

Join The P Ramlee Fans' Club!

A friendly forum discussing P Ramlee's works and contemporary music and movies.
Share personal tribute, comment, review, article, update, trivia, etc. with fans alike...

Register to win music CDs, boardgame sets and promo giveaway from FelixEntertainmentDotCom.
 

Post Your Tribute To P Ramlee / Read Fans' Tributes To P Ramlee

Main Page | Awards | Nostalgia | Comment | Comics | Music | Movie | Merchandise | Media | Advertise

Other website
FelixEntertainmentDotCom